27 Oktober 2016 - 18:54
Penembak Tepat Pasukan Pemberontak Halang 40 Orang Awam Tinggalkan Aleppo: MoD Rusia.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, para pengganas telah melepaskan tembakan ke arah 40 orang awam yang cuba untuk meninggalkan kawasan yang dikuasai oleh kumpulan militan di Aleppo.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, para pengganas telah melepaskan tembakan ke arah 40 orang awam yang cuba untuk meninggalkan kawasan yang dikuasai oleh kumpulan militan di Aleppo. Kementerian itu kemudian berkata bahawa tiada sebarang serangan udara dilancarkan di kawasan tersebut selama sembilan hari.

"Tembakan yang dilepaskan oleh penembak tepat pasukan militan telah menggagalkan sebuah usaha pihak berkuasa Syria dan Pusat Re-konsialisasi Rusia untuk mengevakuasi lebih kurang 40 orang awam dari kawasan timur Aleppo ke kawasan yang selamat di bandar itu," kata jurucakap kementerian itu, Igor Konashenkov pada hari Khamis.

Jeneral itu juga menambah bahawa pesawat-pesawat pejuang Syria dan Rusia mengekalkan jarak 10 kilometer dari bandar tersebut selama 9 hari sejak sebarang serangan dihentikan pada 18 Oktober lepas.

Dua hari selepas serangan terhenti, Damsyik dan Moscow mengatur beberapa buah laluan bagi mereka yang ingin menginggalkan bahagian yang dikepung di Aleppo untuk berbuat demikian. Enam buah laluan dikhaskan untuk orang awam dan dua lagi untuk para pengganas.

Para pengganas walaubagaimanapun enggan menyerah dan terus membedil kawasan yang dikuasai kerajaan dan juga laluan-laluan tersebut. 

Walaupun serangan terhenti buat sementara waktu, pihak Rusia terus membantu orang awam Syria dengan bantuan kemanusiaan.